Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan
Perlaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG adalah tertakluk kepada segala jenis garis panduan yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa.
Program dan Aktiviti Persatuan
Program dan Aktiviti Persatuan
Program dan aktiviti tahunan PIBG adalah untuk meningkatkan pencapaian pelajar dari segi akademik, sosial, sahsiah, dan sebagainya dengan kerjasama antara sekolah, guru dan ibu bapa.
Jentera PIBG
Jentera PIBG
Kami amat megalu-alukan anda mendaftar sebagai sukarelawan PIBG SKPJ SS19. Tenaga dan idea anda sangat dihargai bagi pihak kami menganjurkan lebih banyak program atau acara yang bawa manfaat kepada sekolah. Dengan secara tidak langsung, ini juga sebagai khidmat kemasyarakatan yang anda dapat sumbangkan bagi memajukan sekolah dan meningkatkan peluang murid-murid meningkat pencapaian dalam pembelajaran dan […]
Sumbangan PIBG
Sumbangan PIBG
Di PIBG, misi kami adalah untuk menggilap setiap potensi kanak-kanak menjadi kenyataan, oleh itu persatuan akan melaburkan tenaga dan kewangan untuk kejayaan anak-anak. Persatuan juga terdiri daripada ibu bapa, oleh itu pihak persatuan tahu betapa pentingnya penglibatan PIBG untuk masa depan dan kejayaan anak-anak. Itulah sebabnya kami ingin berkongsi maklumat untuk membantu anda mengemudi semua […]
Karnival Ceriaton Sekolah Kebangsaan Perdana Jaya SS19 akan berlangsung pada 9 November 2024. Karnival yang meriah ini akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk EcoFreeMarket, di mana pengunjung boleh mengambil barangan secara percuma yang disumbangkan orang orang ramai. Food Truck akan menyajikan pelbagai hidangan yang lazat untuk semua lapisan masyarakat. Pertandingan SKPJ Got Talent akan mempamerkan bakat pelajar yang pelbagai, sementara gerai-gerai pelajar akan turut serta menghiasi karnival ini. Game Carnival adalah aktiviti utama yang akan menawarkan permainan yang menyeronokkan dan menarik untuk semua peringkat umur. Karnival ini menjanjikan hari yang tidak dapat dilupakan penuh dengan komuniti, kreativiti, dan hiburan untuk pelajar, keluarga, dan pengunjung.
Ketahui lebih lanjut

Pertanyaan

Dari semasa ke semasa semestinya ibu bapa akan mempunyai pertanyaan terhadap aktiviti, program dan kegiatan di sekolah. Justeru PIBG menyediakan platform untuk ibu bapa membuat sebarang pertanyaan
Borang Pertanyaan

Cadangan

Dalam dunia tanpa sempadan, ibu bapa sudah semestinya mempunyai banyak cadangan bagi memartabatkan mutu pendidikan anak-anak di sekolah. Oleh itu, pihak PIBG menyediakan borang untuk merekodkan segala cadangan ibu bapa bagi perbincangan lanjut dengan pihak sekolah.
Borang Cadangan

Aduan

Pihak PIBG memahami dari semasa ke semasa akan timbul masalah dan ibu bapa tidak tahu dimana harus membuat aduan. Pihak PIBG menyediakan borang bagi ibu bapa menyalurkan aduan dan pihak PIBG akan cuba untuk ketengahkan aduan tersebut kepada pihak sekolah.
Borang Aduan

Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Perdana Jaya SS19

Jalan SS 19/1, SS 19, 47500 Subang Jaya, Selangor.
PIBG SKPJ SS19 merupakan sebuah persatuan komuniti bebas yang terdiri daripada ibu bapa dan guru-guru kepada murid Sekolah Kebangsaan Perdana Jaya SS19.
PIBG SKPJ SS19 tidak mendiskriminasi berdasarkan jantina, bangsa, warna kulit, agama, umur, kepercayaan, asal kebangsaan, atau ketidakupayaan dalam program dan aktivitinya, tetapi terhad kepada pentadbiran dasar pendidikan, program dan lain-lain program yang ditadbir oleh sekolah.

Developed by Asterlynx Solutions
201703133046 (002645016-P)

file-emptybubblecrossmovequestion-circle