
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua guru-guru, ibu bapa, penjaga, dan murid-murid SK Perdana Jaya SS19. Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana menyertai persatuan kita yakni Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Perdana Jaya SS19 ini. Sebagai Naib Yang Di Pertua persatuan ini, saya teruja melihat begitu ramai wajah yang dikenali dan sudah pastinya sentiasa mengalu-alukan ahli- ahli baru persatuan ini.
Seperti yang kita tahu, pemerkasaan pendidikan anak-anak kita adalah usaha kolaboratif dari pelbagai pihak. PIBG adalah antara komponen penting yang memainkan peranan dalam memupuk perkongsian dari pelbagai sudut antara ibu bapa, penjaga dan guru-guru sekolah. Persatuan ini menyediakan platform untuk komunikasi terbuka, membolehkan kami menyampaikan penghargaan kepada ibu bapa dan guru-guru, berkongsi kebimbangan, menyampaikan idea-idea penambaikan, meraikan kejayaan dan bekerjasama untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang terbaik untuk anak-anak kita.
Sepanjang saya menyertai persatuan ini, kita telah melalui tahun yang hebat setakat ini dan bakal menyaksikan banyak lagi program-program PIBG seperti pembangunan pendidikan sekolah, gotong royong perdana, karnival, program pembangunan kerjaya, sukan dan pelbagai lagi. Sebagai contoh, baru-baru ini kita berjaya mengumpul kutipan dana bagi pembaikan kerusi meja dan juga penambahan kipas dalam kelas dari ibu bapa dan penjaga bagi menyediakan kemudahan yang terbaik untuk pendidikan anak-anak kita. Program-program lain juga akan diatur bersama komuniti setempat dan juga program kreativiti dan bakat pelajar anak-anak kita. Semua aktiviti dan program ini tidak mungkin akan dapat dilaksanakan tanpa dedikasi ahli PIBG yang menyumbangkan masa, idea dan sumber kewangan mereka. Setiap sumbangan kita semua adalah besar maknanya bagi persatuan ini.
Akhir sekali, saya menggalakkan semua orang untuk melibatkan diri secara aktif dengan PIBG. Seperti kata pepatah yang biasa kita dengar, It takes a village to raise a child. Kata-kata ini menggambarkan membesarkan seorang anak memerlukan usaha dari perlbagai pihak. Marilah kita sama-sama mengambil bahagian dalam perbincangan, berkongsi idea dan sama-sama berganding bahu dalam pemerkasaan pendidikan anaka-anak kita. Sama ada anda boleh meluangkan masa yang sedikit atau banyak atau sekadar mendengar, suara anda penting bagi persatuan kita. Bersama-sama ini, kita boleh terus membantu pihak sekolah dalam memastikan anak-anak kita berjaya di mana sahaja mereka pada masa akan datang dan seterusnya demi masa depan agama, bangsa dan negara kita. Sekian, salam ukhuwah dari saya dan terima kasih.
Developed by Asterlynx Solutions
201703133046 (002645016-P)